Live Experience. Kadang-kadang kita anggap senang. kadang-kadang kita anggap sama macam belajar dalam buku dalam kuliah baca-baca dengar-dengar tengok slide. Kadang-kadang bila dah alami tetiba blur. Do you know what it takes to compromise? Sacrifice. Patient. Magnanimous. Kadang-kadang terlupa untuk apa semua yang kita buat ni. Allah. Tuhan yang satu. Untuk dia segalanya. Perbetulkan niat untuk perbetulkan jalan perancangan penujuan. Supaya selalu dibantu kala buntu, ditenangi kala kusut, di beri idea ilham kala blank. Kadang-kadang macam bosan. Kerna kita tak pernah nak tahu tahap bosan orang lain yang naik sheikh. Kita berpeluang berterima kasih berpengalaman mempunyai masa melihat, menganalisis, menilai, memikir. Kadang-kadang kalau marah kita tak boleh jadi macam orang takda pelajaran. sebab tu kalau marah kadang-kadang kene diam. Shut Up. Kena berfikir bertafakkur bermunajat berdoa berzikir. Kau hamba. Kemarahan datang dari ujian perasaan persekitaran kebudayaan berbeza falsafah pandangan keperibadian. Kerana kau HambaNYA. Allah yang satu. Kadang-kadang kita rancang, gundah gulana berkecai berkecamuk semuanya. Kerana Allah menguji, kerana Allah mahu beri lebih baik, kerana Allah mahu bagi Live Experience ini. Tiada istilah dunia kau seorang penuh masalah. Bahagian masing-masing lain-lain.
Kadang-kadang perasaan malas datang menjamu. Sebab minda dah penat, fizikal stress, lahiriah dan batiniah seksa. Mencari rezeki siang malam tidur tak cukup badan tak sihat lenguh sana-sini. Baru kita kau aku semua tahu Ayah Ibu itu siapa. Seumur hidup bekerja semenjak engkau lahir sampai mereka tiada di dunia. Tak pernah kata Ayah Ibu itu seorang yang lokek. Cuma kadang-kadang terjadi kedekut. hehe. Kerana semua manusia ada keperluan peribadi. Itupun Ayah Ibu yang paling kuat kurangkan kepentingan peribadi sebab dia ada keluarga, ada anak, ada tanggungan. Aku sedih. Mohon doa anak aku bukan macam aku, sikit-sikit mintak ayah ibu. Takut perasaan aku terbawa-bawa menjerus ke kepentingan peribadi dan anak-anak aku tinggalkan. Kadang-kadang rasa macam ayah ibu lupa kita. Aku rasa macamtu. Tapi bukan aku je sedih, Ayah Ibu aku pun sedih, masing-masing jarang bersemuka jauh bekerja bekerjaya berumah tangga.
Terima kasih jari jemari yang melayan aku hari ini. Melintasi pemikiran keperibadian dan sesunguhnya laman ini tempat meluahkan segala bait-bait perasaan yang aku rasakan setiap saat. Dalam minda fizikal telinga aku, banyak bunyi bising. Split Personality maybe? hehe tak mungkin. Cuma kadang-kadang tergila terlebih emosi terlebih perkataan terlebih pemikiran. Obviusi pemikiran abadi yang terkadang terlalu melampau untuk dilayani. Itulah natijahnya hakikatnya pemikiran wanita, perempuan. Over thinking under the subject matter. ceewah
Mohon kawan-kawan adik kakak rakan sejawatan datang support aku, memeriahkan apa yang sedang aku usahakan ciptakan bersama. Terima kasih semuanya, kadang-kadang memekak telinga kepada semua-semua kerana keluhan seorang yang tidak berpengalaman. O. Kadang-kadang juga melayani perasaan bossy aku. Congratulations untuk orang bilik sebelah sebab kau buktikan kau tak malas macam orang lain kata. Cuma kau tolong jadi banyak cakap sikit. Macam Aku.
NUR IZZATI BINTI MOHD NOH

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.